Perihal Workplace

Workplace ialah alat yang menghubungkan semua orang di syarikat anda, walaupun mereka bekerja dari jauh. Gunakan ciri biasa seperti Kumpulan, Sembang, Bilik dan penyiaran video langsung untuk menggalakkan orang ramai berbual dan bekerjasama.

Workplace ialah pusat perhubungan yang menghubungkan semua orang dalam organisasi anda untuk membantu mendorong kerjasama dan hasil perniagaan. Workplace menawarkan ciri seperti kumpulan, carian, profil, Sembang Workplace, Suapan Berita, terjemahan automatik, Video Langsung dan pelbagai lagi. Workplace membolehkan anda mencipta akaun Workplace yang berasingan daripada akaun Facebook peribadi anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Data Workplace
Apakah itu GDPR?
Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) ialah rangka kerja baharu yang akan menyelaras peraturan perlindungan data di seluruh Kesatuan Eropah (EU). Ia berkuat kuasa mulai 25 Mei 2018 dan akan mentadbir cara Keluarga Syarikat Facebook dikawal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pendekatan Facebook terhadap GDPR di sini.
Kebanyakan prinsip dibina berasaskan peraturan perlindungan data semasa yang termaktub dalam EU. Namun, GDPR turut meletakkan beberapa syarat baharu terhadap syarikat. GDPR akan dikenakan kepada mana-mana pelanggan Workplace yang mempunyai pengguna yang menetap dalam EU, walaupun lokasi organisasi adalah di luar EU.
Workplace dan Pematuhan GDPR
GDPR meluaskan undang-undang perlindungan data semasa dan menambah beberapa keperluan baharu. Kebanyakan keperluan GDPR adalah berhubung dengan pengawal data. Ini ialah organisasi atau pihak yang menentukan 'tujuan' dan 'maksud' sebarang pemprosesan data peribadi. Pelanggan Workplace Lanjutan bertindak sebagai pengawal data dan melantik Facebook sebagai pemproses data di bawah perjanjian Workplace. Dalam Workplace Asas, Facebook merupakan pengawal data dan bertanggungjawab bagi pemprosesan data pengguna Workplace Asas.
Facebook dan Workplace mematuhi semua undang-undang pelindungan data yang dikenakan kepada kami. Kami akan menyesuaikan amalan sedia ada kami agar selaras dengan GDPR, di mana berkenaan. Kami turut mengkhusus kepada membantu pelanggan Workplace Lanjutan memenuhi tanggungjawab mereka.
Perlindungan dan Komitmen Kontrak
Kami memahami bahawa GDPR menghendaki pelanggan Workplace Lanjutan untuk melibatkan pemproses data bersama perlindungan yang sesuai untuk memastikan tahap perlindungan bagi data peribadi yang sewajarnya.
Kami telah bekerja bersama pasukan produk, reka bentuk dan kejuruteraan untuk memastikan produk kami mematuhi peraturan GDPR. Ini termasuk memastikan komitmen kontrak kami membolehkan pelanggan mempamerkan pematuhan mereka. Kami akan mengemas kini perjanjian kami untuk menyediakan pelaksanaan yang diperlukan daripada pemproses data di bawah GDPR.
Keselamatan Data
GDPR menghendaki pelanggan Workplace Lanjutan untuk melibatkan pemproses data yang mampu menyediakan tahap keselamatan yang wajar untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam peraturan baharu. Keselamatan data peribadi yang kami proses untuk pelanggan adalah paling penting kepada kami. Kami menjalankan audit keselamatan secara berkala manakala Workplace Lanjutan memiliki tauliah ISO 27001.
Kami turut melabur dalam sistem bagi memastikan kami dapat mengenal pasti ancaman terhadap keselamatan data apabila kami memproses data untuk pelanggan Workplace Lanjutan. Dalam kejadian berkaitan yang berkemungkinan kecil berlaku, kami akan memberitahu dan membantu pelanggan. Untuk maklumat lanjut, lihat di sini.
Pemindahan Data
Facebook, Inc. telah diperakui di bawah Rangka Kerja Perisai Privasi EU-US. Ini bermakna syarikat akan boleh meyakini Rangka Kerja Perisai Privasi untuk memenuhi keperluan pemindahan data EU apabila mereka menggunakan Workplace Lanjutan.
Facebook, Inc. di AS menyatakan pelbagai komitmen di bawah Rangka Kerja Perisai Privasi untuk mengesahkan pemindahan data dari EEA ke AS. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang penyertaan Facebook dalam Rangka Kerja Perisai Privasi di sini.
Pautan Berguna:
Adakah maklumat ini membantu?
Akaun Workplace Anda
Akaun Workplace anda ialah tempat untuk anda berhubung dan bekerjasama dengan rakan sekerja, menyertai kumpulan yang berkaitan dengan pasukan atau projek dan mendapatkan berita serta kemas kini syarikat.
Akaun Workplace anda hanya boleh dilihat oleh orang yang bekerja di syarikat anda dan berasingan daripada akaun peribadi anda. Perkara yang anda kongsi ke akaun Workplace anda hanya dapat dilihat oleh orang dalam syarikat anda.
Akaun Facebook Anda
Akaun Facebook anda adalah peribadi. Ia digunakan untuk berhubung dengan rakan dan keluarga serta berkongsi detik kehidupan anda.
Perkara yang anda kongsi ke akaun peribadi anda hanya akan dilihat oleh orang yang anda benarkan, berdasarkan tetapan privasi anda di Facebook.
Nota: Majikan anda tidak boleh mengakses akaun Facebook peribadi anda jika anda menggunakan Workplace, memandangkan kedua-dua akaun adalah berasingan.
Adakah maklumat ini membantu?
Facebook, Inc. menyertai Perisai Privasi EU-A.S. dan Perisai Privasi Switzerland-A.S. bagi Workplace Lanjutan, seperti yang diperihalkan dalam Notis Perisai Privasi kami dan dalam pensijilan kami dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Sebagai sebahagian daripada penyertaan kami dalam Perisai Privasi EU-A.S. dan Perisai Privasi Switzerland-A.S., kami akan menyelesaikan pertikaian berhubung data peribadi yang dilindungi oleh pensijilan kami melalui TRUSTe. Jika anda mempunyai sebarang soalan tambahan tentang pematuhan kami dengan rangka kerja Perisai Privasi, anda boleh hubungi kami.
Adakah maklumat ini membantu?
Untuk Workplace Standard:
Jika anda menggunakan Workplace Standard, Facebook ialah pengawal data tetapi pekerja memiliki kandungan yang mereka siarkan dan kongsi serta standard komuniti Facebook tertakluk.
Untuk Workplace Asas dan Workplace Lanjutan:
Terdapat pentadbir komuniti yang mengurus komuniti dan syarikat memiliki serta mengawal data itu. Pentadbir komuniti boleh mengubah suai, memadam atau mengeksport data anda pada bila-bila masa.
Nota: Data di Workplace disimpan secara global merentasi pusat data Facebook.
Adakah maklumat ini membantu?