Tetapan Komuniti

Ketahui lebih lanjut tentang tetapan yang membuat perubahan merentasi keseluruhan komuniti Workplace anda. Lawati Pusat Sumber Pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyesuaikan komuniti Workplace anda.

Daripada komputer anda, klik Panel Pentadbir di bahagian atas sebelah kiri Workplace. Dari situ, anda akan dapat nampak rakan sekerja, kumpulan dan wawasan komuniti serta mengurus pilihan utama komuniti anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pentadbir pada Workplace Premium
Kefungsian pada Panel Pentadbir adalah terhad pada mudah alih, tetapi terdapat beberapa alat yang anda boleh manfaatkan. Kefungsian berikut tersedia untuk para pentadbir di Workplace Premium daripada Panel Pentadbir mudah alih:
  • Semak aktiviti daripada 7 hari yang lalu dan hantarkan peringatan kepada orang untuk memacu penglibatan
  • Tambah Orang: Tambahkan orang baharu ke komuniti anda dengan memberikan nama penuh berserta e-mel
  • Pelaporan: Laporan berkenaan orang, kumpulan dan aktiviti kandungan di Workplace sepanjang tiga bulan yang lalu
  • Pentadbir: Semak semua pentadbir dan buat perubahan terhadap tahap pentadbir bagi mana-mana pentadbir. Ketahui lebih lanjut tentang peranan pentadbir yang berbeza.
  • Kandungan Yang Dilaporkan: Semak sebarang kandungan yang dilaporkan dan pilih untuk membenarkan atau memadam terus daripada apl mudah alih. Pemberitahuan tolak akan dihantarkan kepada pentadbir agar mereka boleh menyemak dan mengalih keluar kandungan yang dilaporkan dalam hanya beberapa minit, semuanya daripada telefon mereka.
Nota: Semua tahap pentadbir boleh nampak Panel Pentadbir pada mudah alih. Peranan akses adalah sama seperti yang terdapat pada versi web Panel Pentadbir.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda perlu menjadi pentadbir dan dilog masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk menukar nama syarikat anda.
Untuk menukar nama syarikat anda:
  1. Klik Panel Pentadbir di bahagian atas sebelah kiri Workplace.
  2. Klik Tetapan.
  3. Klik di sebelah Nama Syarikat.
  4. Taipkan nama syarikat anda yang baharu dan klik Simpan.
Adakah maklumat ini membantu?
URL Workplace mengikut format ini: https://[company-name].workplace.com/. Pentadbir boleh mengubah subdomain untuk Workplace mereka setiap 30 hari sekali. Terdapat syarat minimum iaitu lima aksara untuk subdomain.
Untuk mengubah subdomain anda:
  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Tetapan.
  3. Klik Ubah, di sebelah Subdomain syarikat.
  4. Masukkan subdomain baharu anda dan klik Kemas kini.
  5. Sahkan pilihan anda.
Nota: Mengubah URL anda akan menghentikan sebarang pautan kepada alamat asal yang berfungsi, termasuk pautan tuntutan dan penanda halaman.
Adakah maklumat ini membantu?
Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diingat apabila anda meminta subdomain:
  • Anda tidak boleh menuntut subdomain yang orang lain sedang gunakan.
  • Subdomain hanya boleh mengandungi aksara abjad angka (A-Z, 0-9). Sengkang (-) turut dibenarkan.
  • Subdomain mestilah sekurang-kurangnya 5 aksara dan tidak boleh mengandungi istilah generik (contoh: automobiles.facebook.com).
  • Anda perlu menjadi seorang pentadbir sistem untuk meminta subdomain yang unik.
  • Subdomain anda mesti mematuhi Dasar Penggunaan Workplace Yang Boleh Diterima.
Sentiasa ingat bahawa apabila kami mengubah subdomain anda, semua pautan terdahulu kepada komuniti Workplace anda tidak lagi akan berfungsi.
Kami berhak untuk mengubah subdomain anda pada bila-bila masa kerana konflik dengan garis panduan kami.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda perlu log masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk menetapkan atau melaraskan pautan dasar anda.
Anda boleh memilih untuk mengehoskan pautan ke dasar organisasi anda dalam menu Bantuan Pantas Workplace. Untuk menetapkan atau menyunting pautan dasar anda:
  1. Tuliskan atau cari dasar yang anda mahu tunjukkan kepada komuniti.
  2. Hoskan dasar anda pada URL yang tersedia secara umum.
  3. Pergi ke Panel Pentadbir.
  4. Klik Tetapan.
  5. Tatal ke bawah ke Dasar dan peraturan syarikat.
  6. Klik di sebelah URL Dasar dan masukkan URL di mana dasar anda dihoskan. Klik Simpan.
  7. Klik di sebelah Nama dasar dan masukkan nama yang harus muncul untuk dasar anda dalam menu Bantuan Pantas. Klik Simpan.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda boleh menambah set pilihan jatuh bawah berikut untuk penyesuaian medan profil:
  • Lokasi
  • Jabatan
  • Bahagian
  • Organisasi
Untuk menambahkan set nilai pada menu jatuh bawah:
  1. Di bahagian atas sebelah kiri Workplace, klik Panel Pentadbir.
  2. Klik Tetapan, kemudian klik tab Medan Profil.
  3. Klik Set nilai di sebelah mana-mana medan profil yang anda ingin tambah.
  4. Tambah set nilai satu demi satu atau dengan menyisipkan senarai nilai yang dipisahkan oleh koma bernoktah.
  5. Klik Simpan.
Nota: Jika medan profil telah dilengkapkan sebelum senarai nilai disusun mengikut tertib, ia tidak akan dilupuskan. Walau bagaimanapun, jika pengguna menyunting profil mereka selepas senarai nilai disusun mengikut tertib, mereka mestilah memilih satu nilai daripada senarai tersebut.
Adakah maklumat ini membantu?
Tetapan muat turun video anda membantu melindungi video berhak cipta dan sulit yang dimuat naik ke Workplace. Ciri ini menggunakan penyulitan untuk melindungi video supaya hanya orang yang log masuk ke Workplace pada pelayar yang disokong yang dapat melihatnya dalam kualiti penuh. Mereka yang menggunakan pelayar yang tidak disokong akan disajikan dengan video pada tahap kualiti yang lebih rendah.
Pelayar dan aplikasi yang disokong:
  • Firefox
  • Chrome
  • Safari
  • Aplikasi mudah alih Workplace
  • Microsoft Edge (Chromium)
  • Opera
Pelayar yang tidak disokong:
  • Internet Explorer
Hidupkan ciri tetapan muat turun video
Untuk menghidupkan pengurusan hak video untuk Workplace anda:
  1. Dari Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Keselamatan.
  3. Klik Lagi, kemudian pilih Muat Turun Video.
  4. Klik togol di sebelah Muat turun video.
  5. Klik Simpan Perubahan.
Ubah tetapan muat turun video
Setelah anda mendayakan tetapan muat turun video, anda boleh mula membuat perubahan:
  1. Dari Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Keselamatan.
  3. Klik Tetapan di bahagian atas sebelah kanan.
  4. Klik togol di sebelah Hadkan muat turun Video.
  5. Klik Simpan.
Dari sini, anda boleh menghalang muat turun video Workplace anda. Apabila tetapan Muat turun video dimatikan, orang ramai tidak akan dapat memuat turun video lama atau baharu ke peranti mereka daripada Workplace. Apabila dihidupkan, video lama dan baharu akan tersedia untuk dimuat turun.
Perlu diingat bahawa tetapan ini hanya membuat penyulitan video apabila dihidupkan. Ia tidak akan menyulitkan video yang disiar sebelum ia dihidupkan. Apabila anda mematikan ciri ini setelah menggunakannya, semua video yang disulitkan akan kekal tersulit.
Benarkan sesetengah penonton memuat turun video
Pentadbir boleh memberikan keupayaan untuk memuat turun video yang disulitkan kepada sesetengah pengguna, walaupun ketika pengguna Workplace lain tidak dapat melakukannya. Di bawah Benarkan muat turun, pilih Tiada Siapa, Pentadbir, atau Set Orang.
Adakah maklumat ini membantu?
Tiada data yang akan dipadam daripada akaun Workplace sedia ada selepas anda bertukar ke pelan lain. Walau bagaimanapun, hanya pelanggan Workplace Lanjutan dan Perusahaan yang akan mempunyai akses kepada API Workplace untuk menarik data daripada Workplace.
Adakah maklumat ini membantu?