Mengapakah saya mendapat mesej ralat di Workplace yang mengatakan bahawa domain saya telah diambil?

Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan.
Jika anda mendapat ralat yang mengatakan domain anda diambil, ini mungkin bermaksud bahawa domain yang dicadangkan anda telah digunakan oleh syarikat lain atau anda mencuba untuk menambah domain awam. Jika anda percaya bahawa ini ialah kesilapan dan boleh membuktikan pemilikan domain tersebut, sila hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan bantuan.
Nota: Anda boleh menyenaraiputihkan domain e-mel dengan mengakses Panel Pentadbir anda. Hanya pentadbir syarikat boleh menyenaraiputihkan domain e-mel.
Adakah maklumat ini membantu?