Bagaimanakah saya boleh memuat turun Sembang Workplace untuk PC dan Mac?

Sembang Workplace ialah aplikasi komputer meja untuk PC dan Mac yang membolehkan anda bersembang dengan rakan sekerja.
Anda boleh memuat turun Sembang Workplace daripada komputer meja anda di sini:
Sistem pengendalian yang disokong termasuk sistem Windows 32-bit dan sistem Windows 64-bit yang menjalankan Windows 8 dan ke atas serta macOS 10.9 (Mavericks) dan ke atas. Versi lebih awal macOS tidak disokong.
Nota: Sembang Workplace tidak memerlukan hak istimewa pentadbir, jadi sesiapa sahaja seharusnya dapat memasang aplikasi tersebut melainkan disekat oleh pentadbir sistem.
Ciri pada aplikasi Sembang Workplace
Aplikasi Sembang Workplace:
  • Membolehkan anda menerima pemberitahuan terus ke apl
  • Menyokong panggilan suara dan video
  • Membenarkan perkongsian skrin
  • Menjadikan lebih mudah untuk melihat pemberitahuan terbaru daripada kumpulan anda
  • Menyokong sembang 1:1 dan sembang kumpulan
Adakah maklumat ini membantu?