Bagaimanakah saya boleh menjadikan diri sendiri sebagai pentadbir sesebuah kumpulan Workplace?

Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Anda perlu menjadi pentadbir syarikat atau moderator kandungan dan dilog masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk menjadikan diri anda pentadbir kumpulan.
Untuk menjadikan diri anda pentadbir kumpulan:
  1. Klik Panel Pentadbir pada bahagian atas sebelah kiri Workplace.
  2. Klik Kumpulan dan cari kumpulan yang anda ingin tadbir.
  3. Klik di sebelah kumpulan tersebut dan pilih Jadikan Saya Pentadbir atau Sertai sebagai Pentadbir.
Nota: Penganalisis atau pengurus akaun tidak boleh menjadikan diri mereka seorang pentadbir kumpulan.
Adakah maklumat ini membantu?