Bagaimana saya boleh melihat semua kumpulan Workplace bagi syarikat saya?

Untuk melihat semua kumpulan tidak termasuk kumpulan rahsia bagi syarikat anda jika anda bukan seorang pentadbir:
  1. Daripada halaman utama anda, klik Lihat Semua... di bawah Kumpulan di sebelah kiri.
  2. Klik Lihat Semua Kumpulan di bahagian atas halaman.
Untuk melihat semua kumpulan termasuk kumpulan rahsia bagi syarikat anda jika anda seorang pentadbir komuniti di Workplace Lanjutan:
  1. Klik Panel Pentadbir dalam bahagian atas sebelah kiri Workplace.
  2. Klik Kumpulan.
Dari sana, anda dapat melihat senarai semua nama kumpulan, jumlah ahli dan pentadbir setiap kumpulan, tarikh kumpulan dicipta dan tetapan privasi untuk setiap kumpulan.
Adakah maklumat ini membantu?