Suapan Berita

Sesuaikan suapan berita Workplace anda untuk melihat siaran dan kemas kini pilihan anda.

Anda boleh menyahikut atau menyembunyikan orang dan cerita daripada Suapan Berita anda. Jika anda menyembunyikan sesebuah cerita daripada Suapan Berita anda, kemungkinan anda akan kurang melihat cerita yang serupa dalam Suapan Berita anda pada masa hadapan.
Untuk menyembunyikan cerita [atau seseorang]:
  1. Klik di bahagian atas sebelah kanan siaran.
  2. Pilih Sembunyikan siaran atau Sembunyikan semua daripada [nama].
Nota: Jika anda tidak melihat siaran yang diingini dalam Suapan Berita, anda boleh menyertai lebih banyak kumpulan atau mengikuti lebih ramai orang.
Adakah maklumat ini membantu?
Cerita Suapan Berita boleh merangkumi kemaskini status, foto, video, pautan, komen dan suka. Cerita yang ditunjukkan dalam Suapan Berita anda ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk:
  • Siaran dalam kumpulan yang anda sertai sebagai ahli.
  • Siaran garis masa daripada orang yang anda ikuti.
Jika anda kehabisan kandungan untuk dipaparkan pada Suapan Berita, anda juga akan nampak saranan yang boleh disertai oleh kumpulan terbuka dan siaran sohor kini daripada kumpulan.
Aktiviti terdahulu anda di Workplace turut boleh mempengaruhi cerita dalam Suapan Berita anda. Contohnya, jika anda menandai suka atau memberikan komen pada foto masa lalu, anda lebih cenderung untuk melihat foto dalam Suapan Berita anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Kadangkala siaran yang anda telah lihat akan beralih ke bahagian atas Suapan Berita anda jika salah seorang rakan sekerja telah suka atau memberi komen pada siaran itu. Ini membantu anda melihat siaran yang penting dan yang paling banyak mendapat interaksi rakan sekerja anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Apabila anda mengikuti rakan sekerja, anda akan melihat siaran mereka dalam Suapan Berita anda. Anda boleh mengikut rakan sekerja anda, orang dalam pasukan lain atau eksekutif dalam syarikat anda. Anda hanya akan nampak siaran yang boleh dilihat oleh seluruh syarikat atau membuat siaran pada kumpulan yang anda sertai.
Apabila rakan sekerja mengikuti anda, mereka akan nampak siaran yang boleh dilihat oleh syarikat anda dalam Suapan Berita mereka. Jika anda membuat siaran pada kumpulan tertutup atau rahsia, rakan sekerja anda hanya akan nampak jika mereka ahli bagi kumpulan yang anda siarkan itu.
Apabila anda menyahikuti rakan sekerja, anda akan nampak sedikit siaran mereka dalam Suapan Berita anda. Anda boleh bersambung semula dengan rakan sekerja yang anda nyahikuti dengan mengikuti mereka kembali.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda boleh menghidupkan atau mematikan tetapan automain video Workplace.
Untuk menghentikan video daripada bermain secara automatik pada komputer anda:
  1. Klik gambar profil anda di bahagian bawah sebelah kiri Workplace > klik Tetapan.
  2. Klik Video.
  3. Klik menu jatuh bawah di sebelah Video Auto-Main dan pilih Matikan.
Adakah maklumat ini membantu?
To better focus on your News Feed, you can temporarily hide the panels on the left and right of your Workplace.
The left panel contains your most used groups, recent chats and notifications. To hide this panel:
  1. Go to either your Workplace News Feed, chats or a group.
  2. Hover over the left panel and click .
The right panel can contain upcoming events, suggested groups and trending posts from your organization. When you are looking at a group or chat, the right panel changes to show recent activity and group descriptions. To hide this panel:
  1. Go to either your Workplace News Feed, chats or a group.
  2. Hover over the right panel and click .
To reopen either panel, click the relevant icon a second time.
Default view
The current state of your left or right panels will only last as long as your current session. If you open Workplace in a new tab, both panels will be open again.
Adakah maklumat ini membantu?