Bot pada Sembang Workplace

Jika anda ialah pentadbir sistem yang ingin mendayakan bot pada Sembang Workplace, sila lawati Direktori Penyepaduan kami untuk bermula.
Bot di Sembang Workplace boleh menawarkan pelbagai fungsi. Mereka mungkin:
  • Menghantar pemberitahuan kepada anda tepat pada masanya
  • Membenarkan anda memeriksa baki cuti tahunan
  • Membantu anda menempah mesyuarat
  • Menyediakan panggilan video
  • Memberikan maklum balas
  • Mencipta tugas
Kefungsian sebenar bergantung pada jenis bot yang telah didayakan oleh pentadbir Workplace anda.
Adakah bot mempunyai akses kepada mesej anda?
Bot dalam Sembang Workplace hanya mempunyai keupayaan untuk membaca:
  • Mesej dihantar secara terus antara anda dengan bot
  • Mesej dalam sembang kumpulan yang telah menambah bot sebagai peserta
Pentadbir Workplace anda berkuasa terhadap penyepaduan yang didayakan dalam Workplace anda. Sesetengah penyepaduan seperti yang tertumpu kepada keselamatan atau pematuhan mungkin mempunyai akses kepada mesej anda jika diluluskan oleh pentadbir anda.
Jika anda ada soalan tentang maklumat yang boleh dilihat oleh pentadbir Workplace anda dan individu yang mempunyai akses, maka hubungi pentadbir Workplace anda.
Siapakah yang boleh nampak respons anda kepada Workplace bot?
Apabila anda menghantar mesej kepada bot, anda menghantar mesej kepada aplikasi yang dibina sama ada oleh seseorang dalam organisasi anda atau oleh pihak ketiga.
Pembangun aplikasi berkenaan akan mempunyai akses kepada perbualan antara anda dengan bot. Apabila anda menambahkan bot pada sembang kumpulan, pembangun aplikasi itu akan mempunyai akses kepada seluruh bebenang sembang kumpulan, seperti mana individu lain jika anda menambahkan mereka pada sembang kumpulan.
Jika anda seorang pentadbir sistem dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara aplikasi pihak ketiga menggunakan maklumat berkenaan, anda boleh membaca Dasar Privasi dan Terma Penggunaan yang disediakan oleh pembangun aplikasi dengan pergi ke Penyepaduan dalam Panel Pentadbir dan mengklik penyepaduan yang ingin anda ketahui lebih lanjut.
Jika anda bukan pentadbir sistem dan ingin mengetahui maklumat ini, anda perlu bertanya kepada pentadbir sistem anda. Dan ingat bahawa, seperti semua kandungan anda di Workplace, pentadbir anda mungkin dapat melihat kandungan yang anda siarkan, atau mesej yang anda hantar atau terima. Ini termasuk mesej yang anda hantar dengan bot.
Bisukan pemberitahuan bot
Anda tidak boleh menyekat bot atau orang dalam organisasi anda daripada menghantar mesej kepada anda di Sembang Workplace. Walau bagaimanapun, anda boleh membisukan pemberitahuan daripada mereka.
Untuk berbuat demikian menggunakan Workplace dalam pelayar komputer meja:
  1. Pergi ke sembang yang ingin anda bisukan pemberitahuan.
  2. Klik NotificationsPemberitahuan di atas sembang.
  3. Klik Bisukan sembang.
  4. Pilih tempoh masa anda ingin membisukan pemberitahuan.
Untuk berbuat demikian menggunakan aplikasi komputer meja Sembang Workplace:
  1. Klik Chat optionsPilihan sembang di bahagian atas sebelah kanan sembang anda.
  2. Klik Bisukan.
  3. Pilih tempoh masa anda ingin membisukan pemberitahuan, kemudian klik Sahkan.
Untuk berbuat demikian dalam aplikasi mudah alih Sembang Workplace:
  1. Ketik Chat options di bahagian atas sembang anda.
  2. Ketik Bisukan.
  3. Pilih perkara yang ingin anda bisukan, kemudian ketik OK.
  4. Pilih tempoh masa anda ingin membisukan pemberitahuan, kemudian ketik OK.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak