Pengebilan

Kos Workplace akan bergantung pada jumlah pengguna yang boleh dibilkan yang aktif dalam komuniti Workplace anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menentukan pengguna aktif, membayar bil pertama dan perlindungan pembayaran anda.

Pengguna yang boleh dibilkan
Pengguna yang boleh dibilkan ialah seseorang yang mempunyai akaun Workplace yang aktif sepanjang bulan kalendar, dari 1hb bulan hingga hari terakhir bulan tersebut.
Sebarang akaun yang dicipta atau berakhir dalam bulan kalendar itu tidak boleh dibilkan.
Nota: Sebarang akaun yang dicipta selepas 1hb tidak akan dibilkan sehingga ia telah aktif untuk keseluruhan bulan kalendar.
Adakah maklumat ini membantu?
Pengguna aktif bulanan ialah pengguna yang telah melakukan mana-mana perkara berikut pada 30 hari yang lepas:
  • Telah melawati Workplace melalui tapak web atau peranti mudah alih
  • Melog masuk
  • Semak pemberitahuan mereka daripada Workplace atau apl Workplace
  • Menggunakan apl Sembang Kerja kami
Adakah maklumat ini membantu?
Di Workplace Lanjutan dan Workplace Perusahaan, anda membayar bilangan orang yang menggunakan Workplace setiap bulan. Orang yang boleh dibilkan ialah seseorang yang telah dijemput untuk mendaftar akaun Workplace.
Pentadbir Workplace dapat mengawal bilangan orang yang dijemput untuk menuntut akaun Workplace, justeru itu dapat mengawal dan meramalkan kos Workplace pada setiap bulan.
Adakah maklumat ini membantu?
Pekerja barisan depan ialah orang yang peranan utamanya adalah bekerja secara langsung dengan pelanggan atau orang awam dengan menyediakan perkhidmatan, sokongan atau penjualan produk, atau pekerja yang terlibat secara langsung dalam pembuatan dan pengedaran produk.
Untuk memenuhi kelayakan pelan barisan depan di Workplace , seseorang pekerja harus tergolong dalam 1 atau lebih kumpulan berikut:
- Pekerja tidak berada di meja kerja 50% daripada masa atau lebih.
- Pekerja dibayar mengikut jam.
- Pekerja mempunyai alamat e-mel.
Pekerja JUGA harus sepadan dengan salah satu huraian peranan ini:
- Pekerja yang berhadapan dengan pelanggan (aras jualan, penyambut tetamu, rakan sekerja, dll) dalam sebarang peringkat termasuk pengurusan.
- Pekerja barisan belakang (gudang, penghantar, dll) dalam sebarang peringkat termasuk pengurusan.
- Pekerja utiliti atau perkhidmatan awam (pegawai polis, pegawai pengurusan sampah, pekerja pembaikan kabel elektrik, pegawai jabatan air) dalam sebarang peringkat termasuk pengurusan.
- Kakitangan penjagaan perubatan (kejururawatan, doktor, kemudahan) dalam sebarang peringkat termasuk pengurusan.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan
Untuk mengeksport senarai pengguna aktif bulanan yang boleh dibilkan, anda perlu dilog masuk ke komputer anda.
  1. Klik Panel Pentadbir di bahagian atas sebelah kiri profil anda.
  2. Klik Pembayaran kemudian klik > di sebelah kanan.
  3. Klik Eksport pengguna yang dibilkan.
Adakah maklumat ini membantu?
Tidak, anda tidak akan dicaj. Jika anda menjemput seseorang ke kumpulan berbilang syarikat (MCG) yang syarikatnya masih belum menggunakan Workplace, mereka akan mendapat akaun Workplace Asas yang percuma. Jika mereka sudah menggunakan Workplace Asas, tidak akan terdapat perubahan kepada status mereka. Dalam sebarang kes, tiada caj yang akan dikenakan.
Jika individu yang anda jemput ke MCG bekerja di syarikat yang sudah menggunakan Workplace Lanjutan, anda juga tidak akan dicaj.
Adakah maklumat ini membantu?
Pembayaran dan invois
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan.
Para pelanggan Workplace mempunyai tempoh percubaan percuma selama 30 hari. Selepas tempoh percubaan percuma tersebut tamat, kitaran pengebilan bermula pada hari pertama bulan kalendar yang berikutnya. Pada akhir bulan, bil akan dijana berdasarkan bilangan pengguna aktif bagi bulan itu. Hari yang jatuh antara hari akhir tempoh percubaan percuma dengan hari pertama bagi bulan berikutnya tidak akan dicaj.
Contohnya: jika tempoh percubaan percuma anda berakhir pada 18 Oktober, 19 Oktober sehingga 31 Oktober tidak akan dicaj. Kitaran pengebilan bermula pada 1 November.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan. Anda perlu mengakses Panel Pentadbir anda daripada komputer untuk melihat penyata pengebilan Workplace Lanjutan anda.
Untuk melihat penyata pengebilan anda, klik Panel Pentadbiran di bahagian atas sebelah kiri profil Workplace anda, kemudian pilih Pembayaran.
Sentiasa ingat bahawa mata wang pengebilan adalah dalam USD. Semua harga tidak termasuk cukai yang dikenakan. Anda boleh melawati facebook.com/workplace/pricing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan. Anda perlu mengakses Panel Pentadbir anda dari komputer untuk menyediakan pengebilan kad kredit. Anda mungkin tidak boleh mengakses tab Pembayaran dalam Panel Pentadbir anda kerana kami sedang dalam proses untuk melancarkan ciri tersebut.
Untuk menyediakan pengebilan kad kredit:
Klik Panel Pentadbir di bahagian atas sebelah kiri profil Workplace anda, kemudian pilih Pembayaran dan tambah butiran pembayaran anda.
Kaedah Pembayaran
Kami menyokong Amex (kecuali Brazil), Visa, Discover dan Mastercard.
Sentiasa ingat bahawa mata wang pengebilan adalah dalam USD. Semua harga tidak termasuk cukai yang dikenakan. Anda boleh melawati facebook.com/workplace/pricing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan.
Syarikat yang mempunyai caj bulanan yang berjumlah lebih daripada $5,000 layak mendapat invois berbanding pengebilan kad kredit. Pengurus akaun Workplace akan membantu anda menyediakan akaun anda untuk pemberian invois.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk para pentadbir di Workplace Lanjutan. Anda mungkin tidak boleh mengakses tab Pelaporan dalam Panel Pentadbir anda kerana kami sedang dalam proses untuk melancarkan ciri tersebut.
Kiraan pengebilan biasanya kurang daripada yang anda nampak dalam tab Pelaporan pada Panel Pentadbir anda. Pengguna aktif bulanan untuk tujuan pengebilan adalah seseorang yang mempunyai akaun Workplace pada hari pertama dalam bulan itu dan individu yang mengelog masuk untuk melawati komuniti Workplace, Panel Pentadbir atau Work Chat mereka pada bulan tersebut. (Pemberitahuan tolak yang anda dapat pada mudah alih atau menerusi e-mel tidak dikira.)
Ketahui lebih lanjut tentang perihal pengguna aktif bulanan yang boleh dibilkan .
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pentadbir pada Workplace Premium.
Cara untuk menambahkan nombor pesanan pembelian kepada invois anda:
  1. Daripada bahagian atas sebelah kanan Workplace, klik Papan Pemuka
  2. Klik Maklumat Perniagaan
  3. Masukkan butiran nombor pesanan pembelian dalam medan yang ditetapkan
Nota: Jika komuniti anda telahpun disediakan untuk invois, akan terdapat ruang untuk anda menambahkan nombor pesanan apabila mengakses invois anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Workplace untuk kebaikan
Facebook menggunakan TechSoup untuk mengesahkan sama ada organisasi yang memohon Workplace untuk Kebaikan adalah NGO yang memegang status organisasi tanpa untung yang sah.
Organisasi yang membuat permintaan mestilah berdaftar dengan rakan kongsi TechSoup tempatan dan sebaliknya mesti layak untuk menyertai Workplace untuk Kebaikan untuk mendapat akses percuma kepada Workplace Lanjutan. Ambil perhatian bahawa sesetengah jenis organisasi dikecualikan daripada penyertaan dalam Workplace untuk Kebaikan, seperti yang diterangkan di sini.
Untuk mendaftar Workplace untuk Kebaikan:
  1. Lawati TechSoup untuk mendapatkan token pengesahan. Token Pengesahan TechSoup adalah kod unik yang tersedia untuk organisasi tanpa untung yang telah disahkan oleh TechSoup. Token pengesahan adalah rentetan huruf dan nombor yang biasanya berakhir dengan sebahagian daripada nama organisasi. Berikut ialah contoh: 123a4567@MyOrgName.
  2. Lawati Workplace untuk Kebaikan di bawah Pembayaran dalam panel pentadbir Workplace anda dan klik Tambah Token TechSoup Anda.
  3. Jika anda layak menyertai Workplace untuk Kebaikan, anda akan menerima mesej yang status anda berjaya ditentusahkan.
Anda juga boleh melawati Workplace untuk Kebaikan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan memohon program ini.
Facebook menentukan kelayakan organisasi bagi Workplace untuk Kebaikan mengikut budi bicara mutlaknya dan berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan atau penyertaan organisasi pada bila-bila masa, atas apa jua sebab. Facebook boleh menambah atau meminda garis panduan kelayakan bagi Workplace untuk Kebaikan pada bila-bila masa tanpa notis. Sekiranya, disebabkan oleh perubahan dasar Facebook atau perubahan status organisasi, suatu organisasi tidak lagi memenuhi kelayakan bagi Workplace untuk Kebaikan, maka Facebook akan memberikan notis kepada organisasi tersebut sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum. Selepas notis tersebut, kadar standard akan dikenakan untuk akses dan penggunaan Workplace oleh organisasi tersebut.
Adakah maklumat ini membantu?
Workplace untuk Kebaikan menawarkan organisasi bukan kerajaan yang layak dengan akses kepada Workplace Lanjutan secara percuma. Untuk maklumat lanjut, lawati Workplace untuk Kebaikan.

Siapakah yang Layak?
Atas permintaan, penentusahan dan persetujuan bertulis, Facebook boleh menawarkan akses percuma Workplace Lanjutan kepada organisasi bukan kerajaan yang memiliki status organisasi tanpa untung sah seperti yang disahkan oleh rakan kongsi kami TechSoup atau satu daripada rakan kongsi tempatannya.
Walau bagaimanapun, organisasi berikut tidak layak untuk Workplace untuk Kebaikan tanpa mengira status tanpa untung:
  • Hospital, organisasi yang terlibat dengan insurans kesihatan atau pelan kesihatan kumpulan, rumah penjagaan dan organisasi penjagaan kesihatan lain
  • Sekolah, universiti dan institusi akademik lain, termasuk daerah sekolah
  • Organisasi yang berkaitan dengan sekolah, seperti kumpulan untuk pelajar, fakulti, ibu bapa atau alumni
  • Entiti, agensi atau organisasi kerajaan
  • Organisasi aktiviti perundangan dan politik (termasuk sokongan)
  • Gereja dan organisasi agama lain
  • Liga olahraga profesional
  • Kesatuan kredit dan organisasi bersama yang lain
Organisasi yang layak untuk Workplace untuk Kebaikan hanya boleh mencipta akaun pengguna bagi pekerja, kontraktor dan sukarelawan mereka. Sekiranya organisasi yang layak mencipta akaun pengguna untuk orang lain, Facebook berhak untuk mengenakan kadar standard kepada akaun pengguna tersebut.
Facebook menentukan kelayakan organisasi bagi Workplace untuk Kebaikan mengikut budi bicara mutlaknya dan berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan atau penyertaan organisasi pada bila-bila masa, atas apa jua sebab. Facebook boleh menambah atau meminda garis panduan kelayakan bagi Workplace untuk Kebaikan pada bila-bila masa tanpa notis. Sekiranya, disebabkan oleh perubahan dasar Facebook atau perubahan status organisasi, suatu organisasi tidak lagi memenuhi kelayakan bagi Workplace untuk Kebaikan, maka Facebook akan memberikan notis kepada organisasi tersebut sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum. Selepas notis tersebut, kadar standard akan dikenakan untuk akses dan penggunaan Workplace oleh organisasi tersebut.
Adakah maklumat ini membantu?