Penghantaran E-mel

Ketahui perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan e-mel dari Workplace sampai ke peti masuk dengan selamat. Lawati Pusat Sumber Pelanggan untuk maklumat lanjut tentang penghantaran e-mel.

Domain E-mel
E-mel yang dihantar oleh Workplace berasal daripada domain fbworkmail.com.
Pentadbir e-mel anda mestilah menambahkan fbworkmail.com sebagai penghantar selamat kepada penganjur e-mel anda, jika tidak orang dalam organisasi anda tidak akan dapat menerima e-mel akaun tuntutan dan tidak dapat menyertai komuniti Workplace anda.
Pelayan E-mel
Pentadbir e-mel anda mestilah menyenaraiputihkan alamat IP pelayan asal e-mel ini untuk memastikan bahawa organisasi anda tidak menolak e-mel Workplace.
66.220.144.128/25 (66.220.144.128 - 66.220.144.254)
66.220.155.128/25 (66.220.155.128 - 66.220.155.254)
69.171.232.128/25 (69.171.232.128 - 69.171.232.254)
69.63.178.128/25 (69.63.178.128 - 69.63.178.254)
69.63.184.0/25 (69.63.184.0 - 69.63.184.126)
Menentusahkan Keasalan E-mel
Untuk membuktikan bahawa e-mel daripada fbworkmail.com sebenarnya berasal daripada Facebook, Workplace menggunakan teknologi piawaian industri Mel Diketahui DomainKeys (DKIM).
Pentadbir e-mel anda harus menatarajah penganjur mel anda untuk menentusahkan rekod DKIM kesemua e-mel Workplace bagi memastikan bahawa anda tidak menerima e-mel berunsur penipuan.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Untuk memastikan agar e-mel Workplace tidak hilang dalam Microsoft Outlook Clutter, gunakan PowerShell Exchange Online Commandlet untuk mencipta 2 peraturan penghantaran:
> New-TransportRule -Name "Workplace Emails Bypass Focused Inbox" -SenderDomainIs "fbworkmail.com" -SetHeaderName "X-MS-Exchange-Organization-BypassFocusedInbox" -SetHeaderValue "true" -Comments "E-mel Workplace akan pergi ke Peti Masuk atau Peti Masuk Bertumpu dan bukan Clutter atau folder Lain dalam Exchange Online"
> New-TransportRule -Name "Workplace Emails Bypass Focused Inbox" -SenderDomainIs "fbworkmail.com" -SetHeaderName "X-MS-Exchange-Organization-BypassFocusedInbox" -SetHeaderValue "true" -Comments "Mel Workplace akan pergi ke Peti Masuk atau Peti Masuk Bertumpu dan bukan paparan Lain dalam Exchange Online"
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Dengan Microsoft Exchange, anda boleh menyenaraiputihkan domain e-mel Workplace dengan menggunakan cmdlet Set-MailboxJunkEmailConfiguration.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Walaupun penganjur mel anda menerima e-mel daripada Workplace, klien e-mel seperti Microsoft Outlook kemungkinan akan tetap menandai e-mel sebagai spam atau remeh. Dalam kes berkenaan, individu harus menyemak folder spam atau remeh mereka untuk mencari e-mel. Jika boleh, pentadbir e-mel anda perlu memastikan klien e-mel menambahkan fbworkmail.com pada senarai penghantar mereka yang selamat.
Kami mencadangkan anda bekerjasama dengan pentadbir e-mel anda untuk menambahkan domain fbworkmail.com pada senarai penghantar selamat dalam klien e-mel organisasi anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Apakah itu penyenaraian putih domain?
Apabila anda menyenarai putih domain e-mel di Workplace, anda membuktikan bahawa anda mempunyai akses kepada e-mel yang anda ingin gunakan serta membenarkan orang lain dengan domain e-mel yang sama untuk menyertai Workplace anda. Orang dengan domain e-mel yang sama tidak perlu menyertai Workplace yang sama, serta boleh menyediakan atau menyertai Workplace yang berbeza dengan domain yang sama. Ini boleh digunakan apabila anda tidak memiliki seluruh domain.
Anda juga boleh menyertai berbilang Workplace dengan domain e-mel yang sama. Tiada had bagi jumlah Workplace yang domain e-mel atau syarikat boleh miliki.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda perlu menatarajah tatarajah DKIM dan SPF dengan betul untuk memastikan pelayan mel dapat mengesahkan bahawa anda yang menghantar e-mel.
Workplace menghendaki semua balasan e-mel dihantar dengan penjajaran DKIM (DomainKeys Identified Mail) atau SPF (Sender Policy Framework). Ini ialah standard keselamatan e-mel industri yang dapat membantu menentusahkan butiran pengirim, dan dengan itu dapat melindungi pekerja daripada e-mel perdaya. E-mel yang gagal dalam semakan ini biasanya dianggap sebagai spam.
Untuk menatarajah DKIM dan SPF, sila hubungi pentadbir IT anda dengan perkara di bawah:
Tatarajah DKIM dan SPF bergantung pada pelayan e-mel anda dan penyedia DNS domain anda. Anda mesti mempunyai sama ada penjajaran DKIM atau SPF; anda tidak boleh memiliki kedua-duanya.
Untuk G Suite, ikut panduan ini.
Ambil perhatian bahawa G Suite ditetapkan secara lalai kepada domain sokongan DKIMnya sendiri. Oleh kerana tindakan lalai ini akan gagal dalam penjajaran DKIM, memandangkan mel tidak disokong oleh domain anda, tetapi oleh domain pihak ketiga, kami masih akan menolak e-mel masuk anda. Oleh itu, anda mesti menatarajah penyediaan DKIM anda sendiri.
Untuk Microsoft Office 365, ikut panduan ini.
Ketahui lebih lanjut tentang standard keselamatan ini di sini.
Nota: Jika DKIM dan SPF tidak ditatarajah dengan betul, Workplace akan menolak mesej yang anda hantar untuk aktiviti kumpulan, contohnya, siaran kumpulan atau balasan komen. Jika perkara ini berlaku, pengirim akan menerima mesej lantunan, sama ada daripada Workplace atau daripada perkhidmatan lain termasuk Gmail.
Adakah maklumat ini membantu?