Bagaimanakah saya mengelog masuk ke akaun Workplace dengan kod akses?

Jika anda telah diberikan kod akses Workplace, anda boleh mengakses akaun Workplace baharu anda serta-merta.
Untuk mengakses akaun Workplace anda:
  1. Pergi ke work.workplace.com/work/accesscode atau muat turun Workplace atau apl Sembang Workplace daripada iOS App Store atau Google Play Store.
  2. Pada skrin log masuk, klik atau ketik Cipta akaun dengan Kod Akses.
  3. Masukkan kod akses 16 aksara yang diberikan.
  4. Tetapkan nama pengguna dan kata laluan unik; anda kini akan menggunakannya untuk mengelog masuk ke Workplace. Sebaik sahaja penetapan dilakukan, anda akan mendapat akses kepada Workplace.

Adakah maklumat ini membantu?