Bagaimanakah saya boleh mencipta kumpulan Workplace daripada senarai pengedaran e-mel?

Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan. Anda mestilah menjadi pentadbir yang mengelog masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk mencipta kumpulan daripada senarai pengedaran e-mel. Anda hanya boleh mengimport kumpulan e-mel Microsoft dan G Suite pada ketika ini.
Anda boleh mencipta sehingga 500 kumpulan Workplace berdasarkan kumpulan e-mel Microsoft dan G Suite. Untuk mencipta kumpulan daripada senarai pengedaran e-mel:
  1. Daripada Panel Pentadbir anda, klik Kumpulan > Cipta berbilang kumpulanCipta kumpulan daripada senarai e-mel.
  2. Klik Mari Bermula.
  3. Pilih akaun, kemudian pilih senarai pengedaran atau senarai yang ingin digunakan untuk mencipta kumpulan.
  4. Klik Teruskan dengan [bilangan] kumpulan.
  5. Tukar pentadbir kumpulan dengan menukar pentadbir kumpulan e-mel Microsoft atau G Suite anda. Anda akan dapat menambahkan pentadbir atau moderator baharu dalam kumpulan di Workplace.
  6. Klik Selesai.
  7. Sunting tetapan untuk kumpulan anda, kemudian klik Teruskan dengan [bilangan] kumpulan.
  8. Klik Cipta Kumpulan.
Nota: Sebarang perubahan yang anda lakukan ke atas kumpulan Workplace tidak akan digunakan pada kumpulan e-mel Microsoft atau G Suite sepadan anda. Walau bagaimanapun, menambahkan orang pada kumpulan e-mel Microsoft atau G Suite anda akan menambahkan mereka secara automatik pada kumpulan Workplace yang sepadan. Mengalih keluar orang daripada kumpulan e-mel Microsoft atau G Suite anda tidak akan mengalihnya keluar daripada kumpulan Workplace yang sepadan.
Adakah maklumat ini membantu?