Tatarajah Rangkaian

Untuk memastikan semua orang di organisasi anda dapat menggunakan Workplace secara berkesan, anda mungkin perlu menatarajah rangkaian anda bagi membenarkan domain dan julat IP tertentu. Ketahui lebih lanjut tentang tatarajah rangkaian di Pusat Sumber Pelanggan.

Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Anda tidak boleh menyekat akses kepada Facebook kerana Workplace dibina pada teknologi sama yang memperkasakan Facebook. Sebarang sekatan domain yang menghalang akses rangkaian kepada Facebook turut akan menjejaskan Workplace.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Premium.
Untuk Workplace berfungsi dengan betul, anda perlu memastikan bahawa semua trafik kepada domain berikut (termasuk semua subdomain) dan port dinyahsekat serta didayakan untuk rangkaian syarikat anda:
Nota: Domain yang digunakan oleh Workplace tertakluk kepada perubahan dan oleh demikian senarai ini tidak boleh dianggap lengkap. Sekatan terpilih domain Facebook tidak disokong secara rasmi untuk Workplace, jadi domain ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan.
Jika anda memerlukan kawalan yang lebih teliti ke atas akses kepada Workplace pada rangkaian korporat, anda boleh memilih untuk menyenaraiputihkan julat IP bagi pelayan web Facebook, dari tempat Workplace disediakan.
Nombor Sistem Autonomi Facebook (AS) AS32934 boleh digunakan untuk mendapatkan semula senarai alamat IP pelayan web Facebook yang tepat dan terkini. Sebagai contoh:
whois -h whois.radb.net — '-i origin AS32934' | grep ^route
Adakah maklumat ini membantu?