Cari

Ciri carian membenarkan anda untuk mencari orang dengan mudah di Workplace anda. Ketahui cara anda dapat menggunakan carian di Workplace.

Anda boleh mencari yang berikut di Workplace:
  • Rakan sekerja, siaran, kumpulan, komen dan acara daripada bar carian di bahagian atas setiap halaman di Workplace
  • Siaran dan topik dalam kumpulan
  • Komen pada siaran
  • Dokumen Workplace (asli bagi Workplace)
  • Fail (dengan menggunakan kata kunci pada tajuk fail), secara global atau dalam kumpulan
Sebarang siaran yang disiarkan menggunakan akaun Workplace anda, hanya boleh dilihat atau dicari oleh rakan sekerja anda. Kumpulan dan acara boleh dicari bergantung kepada tetapan privasi mereka.
Nota: Kandungan hanya dapat dicari apabila berada dalam Nota atau Dokumen Workplace yang asli. Fail, termasuk nama fail, yang dimuat naik atau dipautkan melalui penyepaduan tidak dapat dicari. Ketahui cara untuk mencari orang mengikut kemahiran di Workplace.
Adakah maklumat ini membantu?
Log aktiviti anda termasuk senarai perkara yang anda cari di Workplace. Tiada siapa boleh melihat log aktiviti anda.
Untuk mengeluarkan carian:
  1. Klik gambar profil anda di bahagian bawah sebelah kiri, kemudian klik Log Aktiviti.
  2. Klik Penapis di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Tatal ke bawah dan pilih Sejarah Carian, kemudian klik Simpan Perubahan.
  4. Tuding pada kemasukan carian yang anda ingin keluarkan dan klik .
  5. Klik Padam.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda perlu mengelog masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk mencari orang mengikut pasukan atau jabatan.
Cara untuk mencari orang di syarikat anda mengikut pasukan atau jabatan:
  1. Klik Carta Organisasi di bahagian atas sebelah kiri Suapan Berita anda. Jika anda tidak nampak pilihan, anda perlu mengklik Lihat Selanjutnya.
  2. Dalam bar carian di bahagian atas sebelah kanan Carta Organisasi anda, taipkan nama, jawatan, lokasi dan/atau jabatan individu yang ingin anda cari dan tekan enter pada papan kekunci anda.
Ketahui lebih lanjut tentang Carta Organisasi.
Adakah maklumat ini membantu?
Jika anda pengguna Workplace Asas atau Workplace Lanjutan dan tidak dapat menemui kemahiran pada profil anda, Pentadbir Sistem anda kemungkinan telah menyahdayakan ciri tersebut.
Untuk mencari orang mengikut kemahiran daripada komputer anda:
  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Direktori > Klik Orang > Klik bar carian di bahagian atas halaman.
  2. Pilih Kemahiran daripada pilihan yang disenaraikan > mula menaip kemahiran yang anda cari.
  3. Tambahkan pelbagai kemahiran pada satu penapis jika anda mahu melihat semua orang dengan sekurang-kurangnya satu kemahiran tersebut.
    • Untuk melihat semua orang yang sepadan dengan set tertentu bagi dua kemahiran, anda perlu mencari satu kemahiran menggunakan penapis Kemahiran dan satu kemahiran menggunakan penapis Sebarang Medan.
Nota: Anda juga boleh mengklik pada mana-mana kemahiran daripada profil pengguna untuk melihat semua orang yang disenaraikan sebagai mempunyai kemahiran tersebut.
Adakah maklumat ini membantu?