Bagaimanakah saya boleh mencipta tinjauan di Workplace dan di manakah saya boleh melihat hasil tinjauan saya?

Bantuan Komputer
Bahagian Tinjauan bagi Panel Pentadbir hanya boleh diakses oleh pentadbir sistem, moderator atau pentadbir kandungan dengan peranan tersuai yang membenarkan pengurusan tinjauan.
Apabila anda mencipta tinjauan, penerima akan menerima mesej Sembang Workplace berserta dua tindakan: Sertai Tinjauan dan Ingatkan Saya. Jika penerima belum melengkapkan tinjauan atau menjadualkan peringatan, Workplace akan menghantar mesej susulan 24 jam selepas tinjauan dihantar.

Cipta atau lihat tinjauan

  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Tinjauan. Anda akan nampak senarai tinjauan dan status.
  3. Untuk mencipta tinjauan baharu, klik Cipta Tinjauan di bahagian atas sebelah kanan.
  4. Isi medan berikut dalam bahagian Butiran:
    Tajuk: Tambah nama tinjauan yang unik hingga 75 aksara.
    Mesej Jemputan: Tulis mesej jemputan pilihan. Jika anda tidak memasukkan Mesej Jemputan, mesej lalai akan dihantar.
  5. Klik Teruskan.
  6. Dalam bahagian Soalan, tambah hingga 10 soalan dan klik Teruskan. Soalan boleh mempunyai sebarang jenis jawapan dan ditetapkan kepada Pilihan. Klik Teruskan.
  7. Di bahagian Penerima, anda boleh memilih daripada pilihan Set Orang atau Senarai manual untuk mengimport senarai hingga 30,000 orang daripada templat yang disediakan. Anda juga boleh menghantar tinjauan melalui pautan atau e-mel khusus yang dapat disesuaikan dengan nama penerima. Klik Teruskan.
  8. Di bahagian Tempoh, anda boleh memilih kekerapan untuk menjalankan tinjauan. Pilih masa dan tarikh yang paling sesuai untuk tinjauan anda.
    • Jika anda memilih Satu masa untuk semua orang, semua penerima yang dipilih akan menerima tinjauan secara serentak.
    • Jika anda memilih Berulang kepada sampel rawak, sampel rawak penerima yang dipilih akan menerima tinjauan dalam julat tarikh yang ditetapkan. Setiap sampel akan menerima tinjauan sekali sahaja.
Hasil tinjauan adalah tanpa nama dan hasil hanya akan ditunjukkan jika empat orang atau lebih telah melengkapkan tinjauan. Jika kurang daripada empat orang menyiapkan tinjauan, hasil tinjauan tidak akan dikongsi.
Apabila tinjauan telah diterbitkan, tinjauan itu tidak boleh disunting, tetapi boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Apabila tinjauan telah selesai, tinjauan itu tidak boleh dibatalkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara tinjauan membantu anda mengukur sentimen pekerja merentasi organisasi anda, lihat Ketahui Perkara yang Berlaku pada Organisasi Anda.
Nota: Terdapat had 100,000 peserta bagi setiap tinjauan.

Adakah ini membantu?

Ya
Tidak