Log keselamatan Workplace

Log keselamatan Workplace menyimpan rekod semua peristiwa keselamatan. Di bawah ialah senarai semua acara yang sedang direkodkan, di samping penjelasan ringkas tentang maknanya.
Nama AcaraNota
Dilog masukPengguna telah berjaya dilog masuk menggunakan sama ada kata laluan atau SSO.
Log Masuk GagalPengguna tidak berjaya mengelog masuk.
Dilog keluarPengguna telah dilog keluar.
Dipaksa Log KeluarPentadbir telah memaksa pengguna untuk mengelog keluar menerusi panel pentadbir.
Kata Laluan DiubahPengguna telah mengubah kata laluan Workplace mereka.
Penetapan Semula Kata Laluan BerjayaPengguna telah menetapkan semula kata laluan Workplace mereka dengan menetapkan kata laluan baharu.
Kod Penetapan Semula Kata Laluan DimintaKata laluan Workplace pengguna telah diminta untuk ditetapkan semula melalui aliran perkhidmatan layan diri.
Kod Penetapan Semula Kata Laluan SalahKod penentusahan yang diperlukan untuk menetapkan semula kata laluan Workplace pengguna telah dimasukkan dengan salah.
Paksaan Penetapan Semula Kata LaluanPentadbir telah memaksa agar kata laluan pengguna ditetapkan semula sebelum log masuk berikutnya.
Pengesahan Dua Faktor DidayakanPengguna telah mendaftar dirinya sendiri dalam pengesahan dua faktor. Ketahui lebih lanjut berkenaan cara perkara ini didayakan.
Pengesahan Dua Faktor DinyahdayaPengesahan dua faktor telah dinyahdayakan oleh pengguna.
Pemasukan Kod Dua Faktor BerjayaPengguna telah berjaya memasukkan kod pengesahan dua faktor mereka apabila digesa pada komputer meja atau mudah alih.
Pemasukan Kod Dua Faktor GagalPengguna tidak berjaya memasukkan kod pengesahan dua faktor mereka apabila digesa pada komputer meja atau mudah alih.
Pemasukan Kod Dua Faktor Berjaya Pada Aplikasi Mudah AlihPengguna telah berjaya memasukkan kod pengesahan dua faktor mereka apabila digesa pada aplikasi Android atau iOS.
Pemasukan Kod Dua Faktor Gagal Pada Aplikasi Mudah AlihPengguna tidak berjaya memasukkan kod pengesahan dua faktor mereka apabila digesa pada aplikasi Android atau iOS.
Pengesahihan Semula SSO Seorang pentadbir meminta Pengesahihan Semula SSO (Daftar Masuk Tunggal) daripada pengguna mereka.
Akaun berada dalam RisikoTerdapat pengguna yang akaunnya berada dalam risiko. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengenal pasti akaun yang berada dalam risiko.
Akaun Ditetapkan Kepada Tidak DituntutPentadbir atau penyepaduan telah menetapkan pengguna kepada tidak dituntut.
Profil Dipadamkan Secara AutomatikAkaun pengguna telah dipadam secara automatik setelah tidak dituntut selama 27 hari atau lebih lama.
Akaun DinyahaktifPengguna telah dinyahaktifkan oleh pentadbir atau penyepaduan.
Akaun DiaktifkanPengguna telah diaktifkan oleh pentadbir atau penyepaduan.
Akaun DipadamAkaun pengguna telah dipadam.
Akaun DiciptaAkaun pengguna telah dicipta oleh pentadbir.
Akaun DiciptaPentadbir telah mencipta akaun pengguna dengan kaedah import Excel.
Akaun Dinaikkan Pangkat menjadi PentadbirPengguna sedia ada telah dinaikkan pangkat menjadi pentadbir.
Pengguna Dicipta menerusi Penyegerakan IDPPengguna telah dicipta melalui penyedia identiti yang bersambung (Azure atau G Suite).
Jemputan Kendiri Dicipta Pengguna mencipta akaun mereka menggunakan jemputan kendiri.
Pengguna Dijemput Pengguna telah dijemput ke Workplace.
Pengguna Dicipta menerusi Jemputan Rakan SekerjaPengguna telah dicipta melalui jemputan daripada ahli komuniti lain.
Rakan Sekerja Yang DijemputPengguna telah dijemput melalui jemputan daripada ahli komuniti yang lain. Akaun pengguna hanya dicipta selepas mereka menerima jemputan.
E-mel BerubahAlamat e-mel pengguna telah dikemas kini.
Nombor Telefon DitambahPengguna telah menambah nombor telefon pada akaun mereka.
Muat Turun Data Profil yang Diminta Pengguna telah memasukkan permintaan untuk memuat turun data profil mereka.
Data Profil Dimuat turun Pengguna telah memuat turun data profil mereka.
Peranan Pentadbir BerubahPeranan akaun pentadbir telah dikemas kini.
Pentadbir DikeluarkanPeranan pentadbir pengguna telah dikeluarkan.
Pentadbir DiciptaAkaun pengguna dicipta melalui bahagian Pentadbir dan dinaikkan pangkat untuk peranan pentadbir.
Domain DitambahDomain telah ditambah pada jadual penentusahan, tetapi masih belum ditentusahkan lagi.
Domain DitentusahkanDomain telah berjaya ditentusahkan. Ketahui lebih lanjut tentang penentusahan domain.
Domain DikeluarkanDomain telah dikeluarkan daripada Workplace.
Fail Kumpulan Dimuat TurunFail telah dimuat turun daripada kumpulan.
Fail Kumpulan Dimuat NaikFail telah dimuat naik ke kumpulan. Ketahui cara memuat naik fail ke kumpulan.
Perisian Hasad Dikesan dalam FailFail disyaki mengandungi perisian hasad dan telah disekat daripada dimuat naik ke kumpulan.
Muat Naik Perisian Hasad Disekat Perisian hasad yang ditemukan dalam muat naik fail telah disekat.
Kelayakan Yang Terjejas DitemukanAkaun didapati mempunyai kelayakan yang terjejas bagi pengesahihan nama pengguna atau kata laluan.
Penyepaduan DiciptaPenyepaduan tersuai telah dicipta.
Penyepaduan DisuntingPenyepaduan tersuai telah disunting.
Penyepaduan DipadamPenyepaduan tersuai telah dipadam.
Penyepaduan DitambahAplikasi daripada direktori penyepaduan telah ditambah.
Penyepaduan DikeluarkanAplikasi direktori penyepaduan telah dikeluarkan.
Tetapkan Semula Token Akses Penyepaduan Token akses penyepaduan ditetapkan semula.
Kumpulan Berbilang Syarikat DiciptaKumpulan berbilang syarikat telah dicipta.
Sertai Kumpulan Berbilang SyarikatPengguna telah menyertai kumpulan berbilang syarikat.
Laporkan Bekas Pekerja Acara berterusan daripada laporan bekas pekerja.
Kandungan Yang Dilaporkan Pengguna telah melaporkan siaran bagi pentadbir membuat semakan.
Penjual DitambahTab wawasan didayakan untuk pengguna bukan pentadbir.
Penjual Dikeluarkan Tab wawasan dinyahdayakan untuk pengguna bukan pentadbir.
Jemputan Penjual Dihantar Syarikat telah dijemput untuk dipautkan.
Jemputan Penjual Diterima Syarikat yang dijemput untuk dipautkan telah menerima jemputan.
Jemputan Penjual Ditolak Syarikat yang dijemput untuk dipautkan telah menolak jemputan.
Video Dimuat TurunPengguna telah memuat turun video.

Adakah ini membantu?

Ya
Tidak