Bagaimanakah saya boleh mencipta lencana tersuai di Workplace?

Bantuan Komputer
Alat Lencana dalam Panel Pentadbir membolehkan anda mengiktiraf pekerja atas peranan atau pencapaian mereka. Dengan lencana tersuai, anda boleh mencipta lencana unik dengan imej dan gelaran anda sendiri.

Cipta lencana tersuai daripada komputer meja anda

  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Lencana,kemudian klik Cipta Lencana Baharu.
  3. Klik Muat Naik Imej untuk memilih imej yang anda mahu gunakan sebagai ikon lencana. Saiz yang disyorkan ialah 240x240p piksel.
  4. Tambahkan nama untuk lencana dan tambah penerangan tentang penganugerahan lencana.
  5. Klik Simpan.
Perlu diingat bahawa sebaik sahaja lencana dicipta, anda tidak boleh membuat suntingan lagi. Jika anda ingin menyunting imej, gelaran atau penerangan, anda perlu memadam lencana, mencipta semula dan menganugerahkan semula lencana tersebut.

Adakah ini membantu?

Ya
Tidak