Tandakan sebagai Penting

Menandakan siaran sebagai penting memastikan semua orang dalam organisasi anda mengetahui kemas kini anda yang paling penting. Siaran penting mencetuskan pemberitahuan e-mel, terpapar di bahagian atas Suapan Berita dan memberi Pentadbir Sistem akses kepada metrik penglibatan siaran tertentu.

Menandai siaran sebagai penting menyerlahkan kandungan penting. Siaran yang ditandai sebagai penting ditunjukkan di bahagian teratas Suapan Berita untuk kesemua ahli kumpulan. Ketahui cara menandai siaran sebagai penting di Workplace.
Siaran dipinkan ialah satu cara untuk memastikan siaran bermaklumat kekal di bahagian teratas kumpulan. Oleh sebab siaran dipinkan hanya dikongsi di bahagian teratas kumpulan dan kekal selama tempoh masa yang tidak terbatas, ciri ini sering digunakan untuk berkongsi butiran tentang tujuan kumpulan tersebut. Ketahui cara untuk mengepinkan siaran.
Mempromosikan pengguna ke bahagian teratas Suapan Berita bermakna segala siaran yang dibuat oleh pengguna itu akan berkemungkinan dipaparkan di bahagian teratas Suapan Berita untuk setiap pekerja. Pilihan ini biasanya digunakan untuk eksekutif atau akaun lain yang memerlukan capaian yang ketara. Ketahui lebih lanjut cara untuk membuat siaran penting muncul di bahagian teratas Suapan Berita.
Adakah maklumat ini membantu?
Siaran penting boleh diuruskan oleh pentadbir sistem, moderator kandungan dan peranan pentadbiran tersuai dengan keizinan untuk menandakan siaran sebagai penting. Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan dan Workplace Perusahaan.
Apabila pentadbir sistem atau moderator kandungan menandakan siaran sebagai penting:
  • Ia ditunjukkan di bahagian atas bagi semua Suapan Berita ahli kumpulan.
  • Ia ditunjukkan di bahagian atas kumpulan tempat ia disiarkan.
  • Metrik penglibatan siaran penting akan ditetapkan tersedia.
  • Semua ahli kumpulan akan menerima pemberitahuan.
Pentadbir, moderator dan yang lain dengan keizinan untuk menandakan siaran sebagai penting juga akan mempunyai pilihan untuk menghantar pemberitahuan e-mel kepada semua ahli kumpulan.
Mencipta siaran penting
Untuk menandakan siaran sebagai penting:
  1. Klik pada siaran dan pilih Tandakan sebagai penting.
  2. Pilih bilangan hari siaran patut berada di bahagian atas suapan (anda boleh memilih daripada satu hingga tujuh hari).
  3. Pilih jenis butang seruan tindakan yang anda mahu tunjukkan berserta siaran.
  4. Pilih sama ada pemberitahuan e-mel perlu dihantar kepada semua ahli kumpulan.
  5. Klik Sahkan.
Siaran penting akan ditunjukkan di bahagian atas kumpulan dan Suapan Berita untuk semua ahli kumpulan sehingga:
  • Jumlah masa yang dipilih oleh pentadbir telah berakhir.
  • Ahli kumpulan telah mengklik butang seruan tindakan Tandakan sebagai telah dibaca, Ketepikan atau Selesai.
Jika lebih daripada satu siaran ditandakan penting, siaran yang paling terkini akan ditunjukkan terlebih dahulu.
Individu yang mula-mula menandakan siaran sebagai penting juga mempunyai pilihan untuk menghantar pemberitahuan susulan.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan dan Workplace Perusahaan.
Siaran boleh ditandai sebagai penting selama sehingga 7 hari. Hari dikira sebagai tetingkap 24 jam, bukan hari kalendar.
Untuk mengalih keluar siaran penting daripada bahagian atas Suapan Berita lebih awal daripada yang dirancang:
  1. Pergi ke Panel Pentadbir anda.
  2. Klik Pelaporan > Kandungan.
  3. Di bawah Siaran Penting klik Lihat Siaran pada siaran yang dipersoalkan.
  4. Klik Tamatkan keutamaan siaran daripada menu jatuh bawah siaran.
Nota: Pengguna boleh menggunakan Tanda sebagai Dibaca untuk mengalih keluar siaran penting daripada Suapan Berita mereka lebih awal daripada tarikh tamat yang ditentukan oleh pentadbir.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda boleh menambahkan eksekutif atau ketua syarikat yang lain di bahagian atas Suapan Berita supaya siaran mereka lebih berkemungkinan dilihat dahulu. Apabila anda mempromosikan siaran pekerja, siaran orang itu akan lebih berkemungkinan muncul di bahagian atas Suapan Berita untuk semua pengguna dalam satu kejadian.
Untuk mempromosikan siaran pekerja di Suapan Berita:
  1. Dari Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Orang.
  3. Klik di sebelah Sunting Orang di bahagian atas sebelah kanan halaman dan pilih Promosikan Siaran dalam Suapan Berita.
  4. Taipkan nama atau e-mel pekerja yang siarannya patut dilihat dahulu, kemudian klik Selesai
Nota: Anda mesti menjadi pentadbir untuk mempromosikan siaran pengguna di Suapan Berita.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan dan Workplace Perusahaan.
Apabila siaran ditandakan sebagai penting, pengguna akan menerima pemberitahuan tanpa mengira tetapan pemberitahuan mereka.
Pentadbir turut boleh memilih untuk menghantar pemberitahuan e-mel. Jika pemberitahuan e-mel dihantar, ia akan disampaikan kepada setiap ahli kumpulan walaupun sebelum ini mereka memilih untuk tidak menerima pemberitahuan e-mel.
Menghantar pemberitahuan tambahan
Pentadbir atau moderator kandungan yang mula-mula menandai siaran sebagai penting mempunyai keupayaan untuk menghantar pemberitahuan susulan pada bila-bila masa.
Untuk menghantar pemberitahuan tambahan:
  1. Pergi ke kumpulan di mana siaran penting itu dibuat.
  2. Klik Maklumkan di bawah siaran.
  3. Pilih sama ada untuk menghantar pemberitahuan kepada Orang yang belum melihat siaran anda atau Orang yang belum mengklik butang pada siaran anda.
  4. Pilih sama ada anda juga mahu menghantar pemberitahuan e-mel kepada khalayak pilihan anda.
  5. Klik Hantar.
Hanya pentadbir, moderator kandungan atau pengguna dengan keizinan tersuai yang mula-mula menandai siaran ini sebagai penting yang dapat menghantar pemberitahuan tambahan. Pemberitahuan tambahan tidak dapat dihantar dengan segera setelah pemberitahuan awal dihantar.
Tiada had bilangan pemberitahuan yang boleh dihantar selepas itu, tetapi pilihan pemberitahuan tidak akan tersedia lagi setelah semua ahli kumpulan melihat siaran anda.
Anda boleh melihat prestasi siaran yang anda tandai sebagai penting di Workplace.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan.
Tiada had bagi bilangan siaran yang boleh ditetapkan sebagai penting sekali gus. Anda akan nampak siaran penting yang terbaru di bahagian atas Suapan Berita. Sebaik sahaja siaran penting itu dilihat, siaran seterusnya akan ditunjukkan. Anda juga boleh memilih untuk melihat kesemua siaran yang penting.
Nota: Anda kini boleh mengurangkan bilangan siaran yang penting dalam Suapan Berita melalui Tandai sebagai Telah Dibaca.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya terpakai untuk para pentadbir Workplace.
Untuk melihat prestasi siaran yang anda tandai sebagai penting:
  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Pusat Keselamatan.
  3. Klik Siaran Penting.
  4. Cari siaran yang ingin anda lihat di bawah Aktif atau Terdahulu di sebelah kanan.
Anda akan dapat lihat metrik untuk siaran penting yang aktif dan terdahulu termasuk:
  • Dilihat oleh
  • Ditanda sebagai telah dibaca
  • Komen
  • Reaksi
  • Siapa menandai siaran sebagai penting
  • Tarikh promosi dicipta
  • Tarikh luput promosi
  • Keupayaan untuk menamatkan promosi aktif
Anda turut boleh mengklik untuk melihat siaran atau mengeksport metrik ke dalam hamparan.
Adakah maklumat ini membantu?
Anda mesti menjadi seorang pentadbir yang log masuk ke Workplace daripada komputer anda untuk mengakses ciri ini.
Untuk mempromosikan siaran garis masa seseorang ke bahagian atas komuniti Suapan Berita anda:
  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Panel Pentadbir dalam menu di sebelah kiri.
  2. Klik Orang.
  3. Klik di sebelah nama orang yang anda ingin promosikan siarannya.
  4. Pilih Promosikan Siaran dalam Suapan Berita.
Apabila anda mempromosikan siaran seseorang, Workplace secara automatik akan menjadikan semua orang dalam komuniti anda sebagai pengikut pengguna tersebut.
Sentiasa ingat bahawa anda tidak boleh menetapkan siaran kumpulan ke bahagian teratas Suapan Berita seseorang - hanya siaran pada profil pengguna.
Matikan promosi siaran
Untuk mematikan promosi siaran seseorang, ikuti langkah yang sama seperti di atas tetapi pilih Matikan Promosi Siaran.
Apabila anda memilih untuk berhenti mempromosikan siaran seseorang, pengikut yang ditambah dengan mempromosikan siaran mereka tidak akan dikeluarkan.
Adakah maklumat ini membantu?