Bagaimana saya boleh mencipta Kumpulan Keutamaan Workplace dan Pemberitahuan Keutamaan?

Anda boleh mengutamakan kumpulan Workplace anda agar ia muncul di bahagian atas Suapan Berita anda.
Untuk mengutamakan kumpulan anda:
  1. Daripada Suapan Berita anda, klik Utamakan Kumpulan dalam menu sebelah kiri.
  2. Klik Pilih Kumpulan.
  3. Klik Tambah di sebelah kumpulan yang anda mahu utamakan.
  4. Klik Selesai.
Anda juga boleh mengutamakan kumpulan dengan melawatinya, mengklik di bahagian atas halaman dan kemudian memilih Utamakan di bawah pilihan Ikut.
Apabila anda mengutamakan kumpulan, kandungan baharu daripada kumpulan tersebut akan muncul di bahagian atas Suapan Berita anda dan kumpulan tersebut akan dipinkan pada bahagian atas senarai kumpulan anda.
Kumpulan Yang Diutamakan akan muncul di panel kiri Workplace anda, dan tab Keutamaan akan muncul di bahagian atas pemberitahuan anda.
Pemberitahuan Keutamaan termasuk:
  • Siaran dan pengemaskinian daripada kumpulan keutamaan anda
  • Tag
  • Balasan:
  • Sebutan:
  • Isyarat Semakan Keselamatan
  • Siaran yang ditandai sebagai penting
  • Kelulusan siaran dan keahlian (untuk pentadbir kumpulan)
Pemberitahuan lain akan muncul di bawah bahagian Lagi, di bawah pemberitahuan Utama.
Adakah maklumat ini membantu?