Sertai Workplace

Sertai rakan sekerja anda di Workplace dan bekerjasama menggunakan Kumpulan, Sembang, Bilik, penyiaran video langsung dan banyak lagi. Lawati panduan pengguna baharu untuk mendapatkan lebih banyak petua tentang cara memanfaatkan sepenuhnya masa anda di Workplace.

Untuk melog masuk ke akaun Workplace anda:
  1. Daripada URL Workplace anda, masukkan e-mel kerja anda dan klik Teruskan.
  2. Masukkan Kata Laluan anda.
  3. Klik Log Masuk.
Adakah maklumat ini membantu?
Jika anda ingin menyediakan Workplace Lanjutan untuk syarikat anda, anda boleh mendaftar di tapak web kami. Tiada had bagi bilangan orang yang anda boleh sertakan dalam komuniti Workplace anda.
Jika syarikat anda telah menggunakan Workplace Lanjutan, anda boleh menyediakan akaun anda dengan mengklik pautan dalam e-mel yang anda terima atau dengan melawati [YourCompanyName].workplace.com (contoh: company.workplace.com) daripada komputer anda.
Nota: Pengguna dalam syarikat tanpa subdomain boleh menyediakan akaun mereka dengan melawat workplace.facebook.com.
Setelah anda menyediakan akaun, anda boleh memuat turun apl iPhone atau Android untuk mengaksesnya daripada peranti anda.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Asas dan Workplace Lanjutan.
Jika anda diberikan kod akses Workplace, anda boleh mengakses akaun Workplace baharu anda.
Untuk mengakses akaun Workplace anda:
  1. Pergi ke workplace.com atau muat turun apl Workplace atau Sembang Workplace daripada iOS App Store atau Google Play Store.
  2. Pada skrin log masuk, klik atau ketik Cipta akaun dengan Kod Akses.
  3. Masukkan kod akses 16 aksara yang diberikan.
  4. Tetapkan nama pengguna dan kata laluan unik; anda kini akan menggunakannya untuk mengelog masuk ke Workplace. Sebaik sahaja penetapan dilakukan, anda akan mendapat akses kepada Workplace.

Adakah maklumat ini membantu?
Ya, kelayakan nama pengguna dan kata laluan yang dipilih oleh pengguna dalam Workplace adalah unik kepada Workplace dan berasingan bagi mana-mana kata laluan yang mungkin mereka gunakan di Facebook.
Adakah maklumat ini membantu?
Jika anda menggunakan domain e-mel awam:
  • Pentadbir Workplace Asas dan Workplace Lanjutan boleh memperuntukkan anda ke komuniti Workplace mereka.
  • Ahli kumpulan berbilang syarikat boleh menjemput anda ke kumpulan mereka.
Nota: Kami melancarkan pendaftaran domain e-mel awam secara berperingkat.
Adakah maklumat ini membantu?
Penyelesaian Masalah
Anda hanya boleh mencipta akaun Workplace menggunakan domain e-mel peribadi milik individu tertentu. Sentiasa ingat bahawa domain e-mel mestilah belum dituntut oleh komuniti Workplace yang lain.
Anda tidak boleh mendaftar untuk Workplace menggunakan domain e-mel awam, seperti gmail.com dan yahoo.com, dll. Anda juga tidak boleh mendaftar untuk Workplace menggunakan alamat e-mel generik, seperti info@, admin@, sales@, dll.
Adakah maklumat ini membantu?
Artikel ini hanya diguna pakai untuk pengguna Workplace Lanjutan.
Jika anda mendapat ralat yang mengatakan domain anda diambil, ini mungkin bermaksud bahawa domain yang dicadangkan anda telah digunakan oleh syarikat lain atau anda mencuba untuk menambah domain awam. Jika anda percaya bahawa ini ialah kesilapan dan boleh membuktikan pemilikan domain tersebut, sila hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan bantuan.
Nota: Anda boleh menyenaraiputihkan domain e-mel dengan mengakses Panel Pentadbir anda. Hanya pentadbir syarikat boleh menyenaraiputihkan domain e-mel.
Adakah maklumat ini membantu?