Menambahkan rakan sekerja pada kumpulan Workplace

Bantuan Aplikasi Android
Bantuan Komputer
Bantuan Aplikasi iPhone
Bantuan Aplikasi iPad
Bantuan Pelayar Mudah Alih
Anda boleh menambahkan rakan sekerja seorang demi seorang pada kumpulan atau mengimport senarai rakan sekerja.
Menambahkan rakan sekerja pada kumpulan
  1. Daripada kumpulan, klik Tambah Orang di bawah foto muka depan kumpulan. Anda mungkin perlu mengklik More terlebih dahulu.
  2. Taipkan nama rakan sekerja yang ingin anda tambahkan, kemudian klik Tambah.
Mengimport senarai rakan sekerja kepada kumpulan
  1. Daripada kumpulan, klik Tambah Orang di bawah foto muka depan kumpulan. Anda mungkin perlu mengklik More terlebih dahulu.
  2. Klik Import, kemudian klik Import Fail. Jika anda belum mempunyai fail, anda boleh mengklik Muat Turun Templat CSV untuk mencipta fail baharu.
  3. Pilih fail yang ingin anda muat naik dan klik Buka.
  4. Semak senarai rakan sekerja, kemudian klik Jemput Semua.
Catatan: Anda hanya boleh menjemput sehingga 1,000 orang rakan sekerja pada satu-satu masa.
Perlu diingat bahawa anda juga boleh menambahkan rakan sekerja pada kumpulan dengan menghantar pautan jemputan kepada mereka. Untuk berbuat demikian, selepas mengklik Tambah Orang, salin pautan di sebelah Kongsi pautan jemputan kumpulan dan kongsikan dengan rakan sekerja anda.
Setelah anda menambahkan rakan sekerja pada kumpulan, mereka akan dapat melihat dan memberikan komen pada siaran yang dibuat pada kumpulan.
Jika anda cuba menambahkan orang yang tidak berada di Workplace (menggunakan alamat e-mel mereka) dan tetapan komuniti membenarkan anda menjemput pengguna baharu, akaun pengguna baharu akan dicipta.

Kumpulan dengan sembang disegerakkan

Jika kumpulan anda menyertakan sembang disegerakkan, anda tidak akan dapat menambahkan lebih daripada 250 ahli.

Adakah ini membantu?

Ya
Tidak