Dasar Kuki Workplace
Dasar Kuki Workplace (“Dasar Kuki”) ini menerangkan cara kami menggunakan kuki dan harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi Workplace yang akan digunakan untuk pemprosesan data peribadi kami yang kami kumpulkan melalui kuki. Dasar Kuki ini tidak terpakai apabila anda melawat laman web pemasaran dan maklumat kami yang terbuka kepada orang ramai workplace.com (“Laman Workplace”).
Kuki & Teknologi Storan Lain
Kuki ialah cebisan teks kecil yang digunakan untuk menyimpan maklumat pada pelayar web. Kuki digunakan untuk menyimpan dan menerima pengenal pasti dan maklumat lain pada komputer, telefon dan peranti lain. Teknologi lain, termasuk data yang kita simpan pada pelayar web atau peranti, pengecam yang dikaitkan dengan peranti anda dan perisian lain, digunakan untuk tujuan yang serupa. Dalam dasar ini, kami merujuk kepada semua teknologi ini sebagai “kuki”.
Di manakah kami menggunakan kuki?
Kami boleh meletakkan kuki pada komputer atau peranti anda dan menerima maklumat yang disimpan dalam kuki, apabila anda menggunakan produk Workplace dalam talian yang kami sediakan kepada pelanggan kami (organisasi tempat anda bekerja atau yang menyediakan akaun anda) yang membolehkan pengguna bekerjasama dan berkongsi maklumat di tempat kerja, termasuk produk Workplace, aplikasi dan perkhidmatan dalam talian yang berkaitan (bersama-sama "Perkhidmatan Workplace").
Berapa lamakah kuki bertahan?
Semua kuki mempunyai tarikh luput yang menentukan tempoh kuki tersebut kekal dalam pelayar anda atau pada peranti anda dan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
- Kuki Sesi – ini ialah kuki sementara yang luput (dan dipadamkan secara automatik) apabila anda menutup pelayar anda.
- Kuki Berterusan – ini biasanya mempunyai tarikh luput dan oleh itu kekal dalam pelayar anda sehingga tamat tempoh, atau sehingga anda memadamkan kuki ini secara manual.
Mengapakah kami menggunakan kuki?
Kuki membantu kami menyediakan, melindungi dan memperbaiki Perkhidmatan Workplace, seperti dengan menyesuaikan kandungan dan menyediakan pengalaman yang lebih selamat.
Khususnya, kami menggunakan kuki untuk tujuan berikut:
Jenis Kuki | Tujuan |
---|---|
Pengesahan | Kami menggunakan kuki untuk mengesahkan akaun anda dan menentukan apabila anda dilog masuk supaya kami dapat memudahkan anda mengakses Perkhidmatan Workplace dan menunjukkan kepada anda pengalaman dan ciri yang sesuai. Sebagai contoh: Kami menggunakan kuki untuk membantu kami mengingati pelayar anda supaya anda tidak perlu sentiasa mengelog masuk ke Perkhidmatan Workplace. |
Keselamatan, integriti laman dan produk | Kami menggunakan kuki untuk membantu kami mengekalkan akaun, data dan Perkhidmatan Workplace anda selamat dan terjamin. Sebagai contoh: Kuki dapat membantu kami mengenal pasti dan melaksanakan langkah keselamatan tambahan apabila seseorang mungkin cuba untuk mengakses akaun Workplace tanpa kebenaran, misalnya, dengan meneka kata laluan yang berbeza secara pantas. Kami juga menggunakan kuki untuk menyimpan maklumat yang membolehkan kami untuk mendapatkan semula akaun anda sekiranya anda terlupa kata laluan atau untuk meminta pengesahan tambahan jika anda memberitahu kami akaun anda telah digodam. Kami juga menggunakan kuki untuk memerangi aktiviti yang melanggar dasar kami ataupun yang melemahkan keupayaan kami untuk menyediakan Perkhidmatan Workplace. |
Ciri dan perkhidmatan | Kami menggunakan kuki untuk menyediakan fungsi yang membantu kami menyediakan Perkhidmatan Workplace. Sebagai contoh: Kuki membantu kami menyimpan pilihan, mengetahui masa anda telah melihat atau berinteraksi dengan kandungan Workplace dan provCookies membantu kami menyimpan pilihan, mengetahui apabila anda telah melihat atau berinteraksi dengan kandungan Workplace, dan memberi anda kandungan serta pengalaman tersuai. Kami juga menggunakan kuki untuk membantu menyediakan untuk anda kandungan yang relevan dengan keadaan tempatan anda. Sebagai contoh: Kami menyimpan maklumat dalam kuki yang diletakkan di pelayar atau peranti anda supaya anda akan melihat perkhidmatan tersebut dalam bahasa yang anda pilih. |
Prestasi | Kami menggunakan kuki untuk menyediakan pengalaman yang sebaik mungkin untuk anda. Sebagai contoh: Kuki membantu kami menghalakan trafik antara pelayan dan memahami kepantasan Perkhidmatan Workplace dimuatkan untuk pengguna yang berbeza. Kuki juga membantu kami untuk merekodkan nisbah dan dimensi skrin serta tetingkap anda dan untuk mengetahui sama ada anda telah mengaktifkan mod kontras tinggi, supaya kami boleh memaparkan laman dan aplikasi kami dengan betul. |
Analisis dan kajian | Kami menggunakan kuki untuk memahami dengan lebih baik cara orang menggunakan Perkhidmatan Workplace supaya kami dapat membuat penambahbaikan. Sebagai contoh: Kuki membantu kami memahami cara orang menggunakan Perkhidmatan Workplace, menganalisis bahagian Perkhidmatan Workplace yang orang dapati paling berguna dan menarik serta mengenal pasti ciri yang boleh diperbaiki. |
Apakah kuki yang kami gunakan?
Kuki yang kami gunakan termasuk kuki sesi, yang dipadam apabila anda menutup pelayar dan kuki tetap, yang kekal pada pelayar anda sehingga luput atau anda yang memadam kuki tersebut.
Kami hanya menetapkan kuki pihak pertama di Perkhidmatan Workplace. Kuki pihak ketiga tidak ditetapkan di Perkhidmatan Workplace.
Cara anda dapat mengawal penggunaan kuki oleh kami
Pelayar atau peranti anda mungkin menawarkan tetapan yang membolehkan anda untuk memilih sama ada kuki pelayar ditetapkan dan untuk memadamkan kuki tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawalan ini, rujuk maklumat bantuan pelayar atau peranti anda. Bahagian tertentu Perkhidmatan Workplace mungkin tidak berfungsi dengan baik jika anda menyahdayakan penggunaan kuki pelayar.
Tarikh semakan terakhir: 10 Jun 2022