PERJANJIAN PENGEBILAN

DENGAN MENGKLIK, ANDA MENERIMA PERJANJIAN PENGEBILAN INI, ANDA MENJAMIN DAN MENYATAKAN BAHAWA ANDA MEMASUKI PERJANJIAN PENGEBILAN INI BAGI PIHAK SYARIKAT ATAU ENTITI UNDANG-UNDANG LAIN DAN BAHAWA ANDA MEMILIKI KUASA PENUH UNTUK MENGIKAT ENTITI TERSEBUT KEPADA PERJANJIAN PENGEBILAN INI. RUJUKAN SETERUSNYA KEPADA “ANDA”, “MILIK ANDA” ATAU “PELANGGAN” MEMBAWA MAKSUD ENTITI TERSEBUT.
Jika anda mempunyai tempat utama perniagaan anda di Amerika Syarikat atau Kanada, Perjanjian Pengebilan ini ialah perjanjian antara anda dengan Meta Platforms, Inc. Jika tidak, Perjanjian Pengebilan ini ialah perjanjian antara anda dengan Meta Platforms Ireland Ltd. Rujukan kepada “Meta”, “kami”, “kita”, atau “milik kami” bermaksud sama ada Meta Platforms, Inc. atau Meta Platforms Ireland Ltd, mengikut kesesuaian.
Perjanjian Pengebilan ini melibatkan perjanjian sedia ada anda dengan Meta untuk penggunaan Workplace daripada perkhidmatan Meta (“Perjanjian”). Terma berhuruf besar dalam Perjanjian Pengebilan ini mempunyai makna yang diberikan dalam Perjanjian, melainkan dinyatakan sebaliknya.
Terma Perjanjian Pengebilan ini dengan ini digabungkan dengan rujukan ke dalam Perjanjian anda. Jika terma tersebut bercanggah dengan mana-mana terma Perjanjian semasa anda sebelum Perjanjian Pengebilan ini berkuat kuasa, maka terma Perjanjian Pengebilan ini akan diutamakan. Jika pada masa ini anda tidak mempunyai perjanjian untuk menggunakan Workplace, maka Terma Dalam Talian Workplace yang berikut akan terpakai untuk penggunaan Workplace oleh anda dan telah terpakai sejak anda mula menggunakan wadah tersebut.
1. Bayaran. Semua terma mengenai bayaran, terma pembayaran dan cukai yang berkaitan dengan penggunaan Workplace anda hendaklah seperti yang dinyatakan dalam Terma Dalam Talian Workplace, melainkan dipersetujui sebaliknya.
2. Terma Pembayaran Kad Kredit Tambahan.
a. Kuasa. Apabila anda memberikan alat pembiayaan kepada kami, anda mengesahkan bahawa anda dibenarkan menggunakan alat pembiayaan tersebut. Apabila anda membiayai transaksi, anda membenarkan kami (dan pemproses pembayaran kami yang ditentukan) untuk mengecaj jumlah penuh terhadap alat pembiayaan yang anda gunakan untuk transaksi tersebut. Anda juga memberi kami kebenaran untuk mengumpul dan menyimpan maklumat transaksi. Jika anda mempunyai tempat utama perniagaan anda di A.S. atau Kanada, anda memberikan kebenaran kepada Facebook Payments Inc., sebuah syarikat Florida, untuk menyimpan alat pembiayaan anda. Untuk melihat Dasar Privasi Facebook Payments Inc., sila layari https://www.facebook.com/payments_terms/privacy. Jika anda mempunyai tempat utama perniagaan anda di negara selain A.S. atau Kanada, anda memberikan kebenaran kepada Facebook Payments International Ltd., sebuah syarikat sendirian berhad di Republik Ireland, untuk menyimpan alat pembiayaan anda.
b. Kebenaran. Jika anda membayar melalui kad kredit atau kad debit, kami boleh mendapatkan kelulusan awal daripada pengeluar kad untuk sejumlah wang, setinggi harga penuh pembelian anda. Kami akan mengebilkan kad anda ketika anda memulakan pembayaran, atau sejurus selepas itu. Jika anda membatalkan transaksi sebelum selesai, kelulusan awal ini mungkin menyebabkan wang tidak tersedia untuk anda dengan serta-merta.
c. Pembayaran yang gagal. Jika transaksi pembayaran anda menyebabkan overdraf atau bayaran lain daripada bank anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk bayaran tersebut.
d. Hak kami untuk pembatalan. Kami boleh membatalkan mana-mana transaksi jika kami percaya transaksi itu melanggar Perjanjian ini atau jika kami percaya dengan berbuat demikian akan dapat menghalang kerugian kewangan.
e. Had pembayaran. Untuk mengelakkan kerugian kewangan kepada anda atau kami, kami boleh menangguhkan suatu pembayaran bagi satu tempoh masa, atau mengehadkan alat pembiayaan untuk transaksi, atau mengehadkan kelayakan anda untuk membuat pembelian, atau menyahaktifkan akaun anda.
f. Perkongsian Maklumat. Untuk mengelakkan kerugian kewangan kepada anda atau kami, kami boleh menghubungi pengeluar alat pembiayaan anda, pihak berkuasa atau pihak ketiga yang terlibat (termasuk pengguna lain) dan berkongsi butiran sebarang pembayaran yang dikaitkan dengan anda jika kami percaya dengan berbuat demikian akan mengelakkan kerugian kewangan atau pelanggaran undang-undang.
g. Keselamatan. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan akaun Workplace anda, dan anda memahami bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk apa-apa pesanan yang dibuat pada atau melalui akaun anda.
h. Pembatalan. Pembayaran berulang akan dibatalkan apabila Perjanjian ini ditamatkan, dengan syarat semua amaun hutang dibayar sepenuhnya.
i. Akaun bermasalah. Jika kaedah pembayaran anda gagal atau akaun anda tertunggak, kami boleh mengambil tindakan untuk mengutip jumlah hutang tertunggak menggunakan mekanisme pengutipan yang lain. Anda bersetuju untuk membayar semua perbelanjaan berkaitan dengan pengutipan tersebut, termasuklah bayaran peguam yang munasabah.